Skip to main content

MTDHI memerlukan guru akademik, agama dan Bahasa Arab

MARAN, 19 Mac (Hrkh) - Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI), Kampung Paya Pasir, memerlukan Guru Akademik dan Guru Agama/bahasa Arab (lelaki dan perempuan).

Pengetuanya, Ustazah Azizah Khatib Mat berkata, pihak Maahad memerlukan guru bagi mengajar mata pelajaran berkaitan seberapa segera bagi memenuhi keperluan pembelajaran.

MTDHI yang terlibat dalam pendidikan sejak 20 tahun lalu turut menyediakan pendidikan tahfiz serta menempatkan 25 orang anak yatim dari seluruh negara. Anak-anak yatim itu kini mengikuti pelajaran Tahfiz.

Difahamkan sara hidup anak-anak yatim ditanggung oleh MTDHI secara percuma melalui kebajikan dari pihak MTDHI dan sumbangan derma orang ramai.

Pihak MTDHI juga amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membiayai sara hidup golongan kurang bernasib baik itu.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun CIMB Bank: 06090033577527 atau hubungi Ustazah Azizah di talian 019 911 9900.

Menurut Azizah selain menyediakan pendidikan formal pihak MHTDI juga menganjurkan program �Eksplorasi Ilmiah Darul Hijrah� pada musim cuti persekolahan dan program akan datang ialah pada musim cuti pertengahan tahun 2008 iaitu pada 25 Mei 08 hingga 1 Jun 08 akan datang.

Antara pengisiannya yang ditawar melalui program itu ialah:
  • Pengenalan Aqidah,
  • Klinik Solat,
  • Bahasa al-Quran dan Tajwid.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Ustazah Hafizah Mohd Alwi di talian 019 989 9815. Untuk keterangan lanjut boleh layari diinternet http://darul-hijrah.blogspot.com. - mns

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9