Monday, August 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


Bulan yang penuh dengan keberkatan ini, sama-samalah kita perbanyakkan beribadat kerana Allah dan melakukan amal kebajikan serta perbanyakkan bersedekah juga memberi makan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.

Amalan yang mulia dan barakah ini akan dilipatkan gandaan pahalanya di bulan Ramadhan

Bagi kita yang baru ingin belajar berbelanja untuk bersedekah, inilah masa yang paling sesuai untuk latihan. Moga ganjarannya nanti akan dilipat gandakan oleh Allah Ta'ala.

Jom.. sama-sama menghidupkan malam Ramadhan dengan kita mengimarahkan masjid-masjid dan surau sekitar perumahan kita.

Jadilah hamba yang taat dan patuh kepada perintahNya.
Sekiranya ingin mengetahui tentang hukum Puasa di Bulan Ramadhan sila emailkan.

No comments:

Kemasukan Pelajar 2027 - Dibuka

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah buka pendaftaran kemasukkan pelajar 2027. Pelajar akan didedahkan dengan pendidik...