Subhanallah... Sudah hampir 2 bulan dan 2 minggu pelajar menghadapi suasana pembelajaran. Sabtu ini bermulanya cuti pertengahan penggal. Tapi bagi pelajar Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, mereka akan teruskan pengajian.
Ini kerana beberapa sebab:
- Pelajar baru sahaja ingin mengenal sekolah dan tenaga pendidik
- Pelajar baru sahaja memegang kitab dan Al Quran
- Pelajar baru sahaja mengenal apa erti kewajipan melaksanakan solat 5 waktu
Atas dasar inilah, pihak MTDHI tidak mengadakan cuti pertengahan penggal.
Walaubagaimanapun kepada ibubapa pelajar dibenarkan untuk melawat anak-anak mereka di Ma'ahad ini.
Kepada semua pelajar di luar sana, pihak MTDHI mengharapkan agar percutian kalian dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Bantulah keluarga di rumah. Selalulah mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau di kampung dan taman yang berdekatan.
Penuhkan waktu lapang dengan membaca Al Quran dan buku-buku yang berfaedah.
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat
Thursday, March 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari
Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى telah mengangkat darjat Nabi A...
-
الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad.
-
Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak ma...
-
Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang b...
No comments:
Post a Comment