Skip to main content

PENDAFTARAN KEM IBADAH REMAJA 2011

Alhamdulillah dan subhanallah dengan sambutan yang amat menggalak dari luar.
Seawal pagi 9.30 sudah ada yang datang untuk mendaftarkan anaknya. Tapi Meja pendaftaran dibuka pada pukul 10.00 pagi.
Sehari dan dua hari sebelum hari pendaftaran secara rasmi telah ada beberapa orang peserta yang datang mendaftar. Bilangan pendaftaran diluar jangkaan. Sehingga ke hari ini pendaftaran untuk peserta masih dibukakan.
Pihak MTDHI telah mengenakan bayaran kepada perserta dan juga pelajar. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanayk RM550 untuk tempoh dari 26 Nov hingga 24 Dis 2011. Ramai yang menyatakan ianya terlalu murah, bimbang kurang berkualiti. Tapi pihak Pengetua telah menjelaskan dalam ucapan taklimat kepada ibubapa bahawa tujuan MTDHI mengadakan Kem ini adalah untuk menyedarkan peserta tentang pentingnya 5 rukun Islam, 6 rukun Iman, Ehsan (akhlak) dan motivasi yang jitu untuk semua peringkat, yang berkemampuan dan tidak berkemampuan. Dalam pada itu masih terdapat ibubapa yang minta dibuat bayaran sebanyak dua kali. Atas dasar kesedaran itulah dan ingin membantu umat Islam, pihak MTDHI tidak menaikkan kadar yuran yang terlalu tinggi.
Walau bagaimanapun sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk membantu dalam dalam apa jua, amatlah dialu-alukan.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9

KEM REMAJA 11 - 17 FEBRUARI 2024 MTDHI KEMBALI LAGI...

Cuti sekolah sudah hampir. Pihak Pengurusan Maáhad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) mengundang pelajar-pelajar untuk bersama menyerta KEM REMAJA yang akan diadakan seperti berikut : Kehadiran pelajar adalah dinanti-nantikan. Bersama kita memenuhi percutian persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat. Ikuti kami di :