Wednesday, January 30, 2013

Pendidikan Terkini di MTDHI 1434/35-2013

010113 merupakan tarikh istimewa kepada pelajar untuk menyambung pendidikan mereka setelah berminggu-minggu dalam percutian yang menyeronokkan. Tempoh percutian pelajar, ada ibubapa yang menghantar untuk mengikuti pelbagai bentuk motivasi kesedaran diri. Musim tersebut telah berlalu, kini telah  30 hari pelajar berada di alam pendidikan kembali.
Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah telah menyediakan Kem Ibadah Remaja pada tahun 2012 dengan jayanya, alhamdulillah. Kini kembali dalam membentuk pendidikan untuk anak bangsa denga pendidikan agama yang sempurna.
Tahun ini, pihak Ma'ahad telah bersedia untuk menerima kemasukkan pelajar-pelajar baru dari pelbagai daerah dan negeri. Kamasukkan yang menggalakkan ini telah menyuntik semangat pelajar-pelajar yang sediada di Ma'ahad.
Pada awal  tahun ini pihak M'ahad telah menghantar 2 orang pelajar menyambung pengajian di Mesir peringkat menengah. In sya Allah, tahun ini pihak Ma'ahad akan memilih beberapa orang calon yang berkelayakkan untuk menyambung ke luar negara. Pemilihan ini dibuat berdasarkan akhlak dan pendidikan serta minat  belajar.
Sistem pendidikan di Ma'ahad pada tahun ini terdapat beberapa peringkat dan sistem :
1. Pengajian Umum
2. Tahfiz Sepenuh Masa
3. Tahfiz dan Pengajian Umum
4. Pondok Moden
Kepada yang berminat untuk mengikuti pendidikan sebegini, ianya masih dibukakan lagi. Syarat utama untuk menjadi sebahagain dari keluarga pelajar Ma'ahad adalah minat untuk belajar dan berubah ke arah kebaikan. Syarat tambahan lain, adalah tidak memiliki penyakit yang berbahaya, tidak mempunyai masalah sosial yang berat dan sanggup mengikut semua peraturan dan disiplin Ma'ahad dengan tertib.
Ma'ahad ada menyediakan ruang untuk pelajar-pelajar yang berminat menyambung ke peringkat menengah dan tahfiz di luar negara. Dan menyediakan ruang belajar Bahasa Arab di luar negara dengan tersusun. Untuk pelajar-pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), peluang untuk menyambung pengajian ke luar negara adalah dipelawakan.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus ke Pejabat Ma'ahad: 094855115 atau Ustaz Rasyiq: 0192713781, Ustazah Hafizah: 0199899815. Atau emailkan ke mt_dh@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan


No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...