Skip to main content

Kem Ibadah Remaja - Pertengahan Tahun

25 Mei hingga 2 Jun 2013 pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) sekali lagi akan mengadakan Kem Ibadah Remaja - Musim Pertengahan Tahun 2013 terbuka kepada 9 hingga 18 tahun.
Antara pengisian adalah untuk memantapkan pemahaman aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, memperkemaskan ibadat khususnya ibadat solat dan mewarnai kepribadian dengan akhlak yang baik berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Peserta dikehendaki menyediakan diri untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan dalam apa jua cara. Pihak MTDHI menyediakan tempat penginapan. Peralatan peribadi seperti alat mandian, alatan tidur dan alat penulisan hendaklah disediakan oleh setiap peserta. MTDHI menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam sahaja. Makanan dan minuman tambahan boleh dibeli di Kedai MTDHI.
Tempat adalah terhad, keutamaan diberikan kepada yang awal mendaftar dan menempah beserta dengan deposit persetujuan.

Sepanjang program kem yang akan dijalankan, ibubapa diminta tidak mengganggu sepanjang perjalanan program dengan menghubungi selalu, datang selalu ke kem dan sebagainya.
Peserta tidak dibenarkan membawa handphone/talian keluli, radio/walkman, peralatan tajam, peralatan eletrik dan barangan terlarang ke dalam MTDHI. Rokok juga adalah antara barang larangan keras dan tidak boleh dibawa masuk ke dalam kawasan MTDHI. Sekiranya didapati peserta kem merokok atau keluar secara tidak sah maka pihak MTDHI berhak memberhentikan peserta berkenaan serta merta tanpa amaran.
Peraturan di MTDHI nampak seperti keras tetapi demi menjaga kestabilan dan keharmonian semua pihak yang ingin menuntut ilmu dengan aman.
Jadual di Kem Ibadah Remaja adalah padat dan mengajak peserta ke arah sayangi bumi.

4.30 - 5.30 am    : Persiapan Diri - Tahajjud 2 rakaat
5.30 - 6.45 am    : Solat Subuh - Bacaan Mathurat - Tilawah
6.45 - 7.45 am    : Solat Isyraq - Kelas Tilawah Al Quran
7.45 - 8.15 am     : Sarapan
8.15 - 8.30 am     : Perbarisan / Kawat Ringan
8.30 - 10.30 am   : Pengisian 1
10.30 - 11.30 am : Solat Dhuha
11.30 - 1.30 pm   : Motivasi 1
1.30 - 2.30 pm     : Solat Zohor / Jumaat - Makan Tengahari
2.30 - 4.30 pm     : Pengisian 2
4.30 - 5.30 pm     : Solat Asar - Mathurat - Tilawah
5.30 - 6.30 pm     : Aktiviti / Riadhah
6.30 - 7.00 pm      : Persiapan Diri
7.00 - 7.15 pm      : Makan Malam
7.15 - 8.30 pm      : Solat Maghrib - Solat Hajat - Mengaji
8.30 - 9.15 pm      : Solat Isyak - Tahlil - Solat Witir
9.15 - 10.30 pm    : Fardhu 'Ain
10.30 - 4.30 am    : Tidur

Kepada yang berminat sila hubungi : Pejabat :094855115. Ummi : 0199119900/0129815057. Ustazah Hafizah : 0199899815/0166429815. Atau emailkan permohonan : mt_dh@yahoo.com. Permohonan peserta diutamakan.

Comments

Unknown said…
Assalamu'alaikum... Apa kabar kat MTDHI..?? saye ridulah pergi kat sane gee... berbual dengan budak2 sane..??? Bile yaa ana boleh pergi kat sane lagi...??? Salam rindu buat penghuni MTDHI..!!! I Miss You all Forever..

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9

KEM REMAJA 11 - 17 FEBRUARI 2024 MTDHI KEMBALI LAGI...

Cuti sekolah sudah hampir. Pihak Pengurusan Maáhad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) mengundang pelajar-pelajar untuk bersama menyerta KEM REMAJA yang akan diadakan seperti berikut : Kehadiran pelajar adalah dinanti-nantikan. Bersama kita memenuhi percutian persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat. Ikuti kami di :