Skip to main content

Setelah 41 hari............

Peraturan dan disiplin di Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Pelajar-pelajar baru tidak dibenarkan berjumpa dengan ibubapa atau penjaga mereka dalam tempoh 41 hari. Dan peraturan ini akan dilaksanakan kepada mana-mana pelajar tahun sebelumnya yang gagal dalam ujian bulan mereka.

Antara tujuan peraturan ini dibuat, adalah untuk memastikan pelajar-pelajar tidak diganggu perasaan mereka bila pertama kali berada di luar kawalan ibubapa atau penjaga mereka.
Untuk peringkat ini, pihak Ma'ahad hanya menyediakan pendidikan secara umum kepada sema peringkat pelajar. Mereka akan berada di kelas mengikut prestasi kemampuan membaca dan mengenal huruf-huruf dan membaca Al Quran. Serta menyerasikan pelajar-pelajar dengan jadual penuh Ma'ahad. Matapelajaran yang ditekankan untuk peringkat ini antaranya, mengulang kembali bacaan Al Quran atau Iqra, mengenali Bahasa Arab dan Bahasa Inggeri, kewajipan menunaikan ibadah solat berjemaah dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti sunnah digalakkan seperti berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.


Maka setelah genap 41 hari lebih, maka pihak Ma'ahad akan mengadakan hari bersama ibubapa atau penjaga bersama pihak Ma'ahad dan pelajar-pelajar. Kehadiran semua ibubapa dan penjaga adalah dijemput untuk hadir bersama bagi memeriahkan majlis tersebut yang akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 16 Rabiul Akhir 1435 / 16 Februari 2014. Program akan bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Jamuan makan tengahari disediakan oleh pihak Ma'ahad. Kepada ibubapa yang ingin membawa kuihmuih adalah dialu-alukan.
Untuk program dari pukul 9.00 pagi hingga 1.15 petang adalah dibukakan juga kepada saudara mara pelajar-pelajar untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9