Skip to main content

Berakhir Sesi 1436 / 2015

Pihak Ma'ahad telah memilih tarikh percutian untuk pelajar-pelajarnya pada tahun ini bermula 25 Disember 2015 hingga 09 Januari 2016. Masa percutian yang hampir dua minggu ini diharap dapat dimanfaatkan oleh ibubapa dan penjaga untuk terus mendidik anak-anak di rumah masing-masing. Semoga kepulangan pelajar-pelajar ini disambut dengan meneruskan pendidikan dan latihan keagamaan untuk memenuhi tuntutan agama.


Bukan sekadar makanan jasmani sahaja yang dihidangkan untuk anak-anak bila pulang kepangkuan keluarga, apa yang penting adalah makanan rohani yang diteruskan. Pelajar-pelajar diperingkat ini memerlukan bimbingan yang berterusan. Setelah beberapa bulan bersama Ma'ahad, kali ini ibubapa atau penjagalah yang akan meneruskan didikan kepada anak-anak. Mereka tidak mampu meneruskan disiplin agama kalau tiada perhatian dari ibubapa atau penjaga. Jangan biarkan mereka bersendirian.


Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9