Skip to main content

USAHA DAN TERUS BERUSAHA.....

الحمد لله pada tahun ini, hampir lengkap sebelas (11) bulan pelajar-pelajar Ma'ahad mendalami ilmu agama di Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah. Pelbagai karenah dan insiden berlaku sepanjang sebelas (11) bulan. Ada yang terus mendalami ilmunya di sini dan ada juga yang memilih untuk meneruskan pengajiannya di tempat lain. Walau dimana pelajar berada, pihak MTDHI mendoakan agar kalian diberi ketabahan dan kekuatan untuk mendalami ilmu-ilmu agama.


Semasa menuntut ilmu, ujian dan cabaran pastinya mendatang. Hasutan, lemah semangat dan gangguan dalaman dan luaran cukup besar. Maka hadapilah kerenah ini dengan hati yang terbuka dan dorongilah kehidupan sebagai ilmuwan yang tabah dan beriman.
Ketabahan, kesabaran dan kekuatanlah yang perlu dimiliki oleh setiap ilmuwan.

 Pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan, pendidikan rohani dan jasmani. Pelajar dikenalkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan para pelajar telah juga diundang ke majlis-majlis keraian untuk mempersembahkan qasidah dan nasyid.







 Hidup sebagai pelajar adalah antara waktu manis yang perlu diingati dan dihiasinya dengan suasana yang menggembirakan. Permudahkan urusan Ma'ahad atau mana-mana pusat pengajian dengan setiap pelajar mendisiplinkan diri ketika mendalami ilmu.






Tanamkan semangat ingin terus majukan diri dalam semua aspek kehidupan sebagai seorang pelajar. Semangat ingin merubahkan diri dan memperbaiki diri ke arah kebaikan dan lebih baik. Merubahkan diri kepada lebih bersemangat ingin mendalami ilmu. Merebut ruang dan peluang ingin melakukan kebaikan dan kebajikan untuk jebaikan kita di dunia dan akhirat.

 Kejarlah aliran kehidupan ini dengan angin keimanan, ketaqwaan, kebaikan dan kebajikan. Teruskan kehidupan kita sebagai umat Muhammad yang berpegang teguh dengan aqidah yang sempurna dan akhlak yang murni. Jangan jemu menuntut ilmu. Setinggi mana kedudukan kita sehebat mana gelaran kita dan segunung mana pun kita capai, ingatlah kita semua adalah hamba Allah. Jadilah manusia yang boleh diteduh dan hidup yang boleh ditumpang.
Pengajian Sepanjang Hayat / Lifelong Learning /  التعليم مدى الحياة

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9