Skip to main content

Selamat Kembali Ke Ma'ahad

Alhamdulillah... setalah dua minggu bercuti kini pelajar mula membuat persiapan untuk meneruskan pengajian di Ma'ahad. In sya Allah pendaftaran kemasukkan pelajar 1437 bersamaan 2016 ini bermula pada hari Sabtu untuk pelajar lama 28 Rabiul Awal 1437 bersamaan  09 Januari 2016. Dan pendaftaran pelajar baru pada hari Ahad 29 Rabiul Awal 1437 bersamaan 10 Januari 2016 ini.
Pendaftaran pada hari Sabtu bermula pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Pihak Ma'ahad akan mengadakan taklimat bersama ibubapa dan penjaga pelajar pada pukul 3.00 petang. Kehadiran ibubapa dan penjaga bersama anak-anak adalah dimestikan. Ibubapa dan penjaga diingatkan untuk memastikan keperluan lengkap untuk kemasukkan anak-anak ke Ma'ahad disediakan dengan rapi. Beberapa keperluan yang perlu disediakan ibubapa dan penjaga dan diambil perhatian, antaranya :
1. Buku tulis (mukasurat 80) 10 buah,
2. Pakaian lengkap Ma'ahad ( lelaki berjubah, kopiah dan serban putih/ perempuan berjubah maroon dan tudung serta anak tudung bewarna putih),
3. Kasut dan stokin bewarna hitam
4. Beg galas (Beli di Ma'ahad yang ada logo MTDHI)
5. Gelas dan balang air,

Comments

Unknown said…
Bag Pack beli kat maahad berapa seunit kak tih..

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9