Skip to main content

Program Kuliah Dhuha

Ilmu pengetahuan perlu diisikan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat. Perkara asas dalam sebuah kehidupan yang perlu dititik beratkan oleh kita adalah memiliki ilmu pengetahuan. Ianya tidak akan datang bergolek, malah tidak mudah untuk dihidangkan. Ianya perlu diusahakan dan dicari agar ianya dihargai.

Lantaran itulah pihak Pengurusan MTDHI telah membuka tirai pada tahun ini dengan mengadakan sesi ilmiah untuk dikongsikan bersama ibubapa, penjaga, sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga agar meluangkan sedikit masa dan waktu untuk pengajian ilmu yang akan diadakan pada setiap minggu.

Kuliah Dhuha MTDHI ini akan diadakah pada setiap hari Ahad, masa 10.30 pagi. Ibubapa dan penjaga serta jiran tetangga adalah digalakkan untuk menghadirkan diri ke masjlis Kuliah Dhuha MTDHI bagi memantapkan ilmu.

Kuliah Dhuha MTDHI pada minggu ini akan disampaikan oleh Y.Bhg. Mantan Mufti Negeri Pahang, Dato' Haji Sulaiman bin Haji Ahmad dengan tajuknya : Fardhu 'Ain: Kewajipan, Tuntutan dan Penyelesaian.
Kehadiran para pelajar untuk Kuliah Mingguan adalah dimestikan dengan buku catatan.

Pihak MTDHI mengalu-alukan kedatangan semua untuk memeriahkan majlis ilmu di Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah. Makan tengahari disediakan untuk semua.

Pakaian yang telah ditetapkan adalah menutup aurat dan sopan dan dilarang keras merokok di kawasan Ma'ahad.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9