Alhamdulillah... setelah sebulan kita menghayati dan mematuhi perintah dari Yang Maha Esa supaya kita memenuhi tuntutan kewajipan berpuasa dengan penuh bertanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Kewajipan ini telah difardhukan kepada umat Islam. Warga Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) tidak ketinggalan bersama-sama menyempurnakan kewajipan tersebut di bumi MTDHI ini dengan jayanya. Kami sama-sama menghidupkan bulan yang penuh keberkatan ini dengan bertadarus di siang hari dan berjemaah tarawikh di malam hari disamping tidak meninggalkan kewajipan fardhu yang lain.
Maka pada 27 Ramadhan 1437 bersamaan 2 Julai 2016, Pengetua MTDHI telah memilih tarikh ini untuk ibubapa dan penjaga anak-anak MTDHI mengambil mereka untuk menyambut hari gembira bersama keluarga di kampung halaman masing-masing. Pelbagai karenah dan ragam serta reaksi ibubapa dan penjaga apabila tarikh ini dikeluarkan. ada yang meminta untuk diawalkan kerana bimbang dengan kesesakan jalan raya yang bakal mereka hadapi. Tetapi dengan ketegasan dan peraturan yang telah ditetapkan maka keputusan untuk dibenarkan balik tidak diganjakkan. Ini sedikit sebanyak melatih ibubapa dan penjaga menghormati peraturan dan disiplin MTDHI.
Walaubagaimanapun, pihak Pentadbiran dan Pengurusan MTDHI ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, semoga kehadiran Syawal ini lebih menginsafkan kita dan mendoakan agar kita semua akan bertemu kembali bulan ibadah yang dirindui pada tahun mendatang, in sya Allah.
Peringatan bersama, sambutlah Syawal kali ini dengan penuh kegembiraan dan keceriaan disamping tidak melupai mereka yang dalam kesusahan.
Sebelum berakhirnya Ramadhan baru-baru ini, pihak MTDHI tidak ketinggalan menyumbangkan keperluan dapur yang seadanya, seperti beras, minyak, gula dan lain-lain untuk mereka yang memerlukannya disekeliling MTDHI. Begitu juga di kampung kejiranan. Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapanya ini akan menceriakan mereka ketika menjelang Syawal baru-baru ini.
Suasana di MTDHI kembali sunyi dari riuh rendah suara warga MTDHI. Pelajar diberikan cuti raya sehingga 5 Syawal 1437 bersamaan 10 Julai 2016 sebelum pukul 5.30 petang. Setelah hampir seminggu lebih pelajar-pelajar bercuti raya maka tibalah tarikh balik ke MTDHI untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah dan seorang pelajar MTDHI.
Tarikh yang dijanjikan kembali menerjah, ibubapa dan penjaga bertungkus lumus untuk mematuhi peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Ada diantaranya yang menepati tarikh dan tidak ketinggalan ada yang lewat menghantar anak-anak MTDHI ke Ma'ahad atas sebab-sebab tersendiri.
Kepada semua pelajar diucapkan selamat meneruskan pendidikan dan pengajian di MTDHI, semoga Allah melembutkan hati kita agar mudah menerima ilmu agama.
Diasaskan pada tahun 1984. Oleh Yang Berbahagia Syeikh Maulana Ustaz Haji Mohd Alwi b. Abdul Hamid dan Ustazah Hajjah Azizah bte. Khatib Mat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari
Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى telah mengangkat darjat Nabi A...
-
الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad.
-
Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak ma...
-
Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang b...

No comments:
Post a Comment