Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) memperkenalkan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan ini bukan sekadar apa yang ada di dalam kitab atau buku bacaan semata-mata, tapi pihak MTDHI memperkenalkan pendidikan harian. Iaitu pendidikan kendiri, bagaimana membentuk diri seorang muslim atau muslimah, bagaimaa menguruss persekitaran kediaman.
Bukan hanya sekadar memahami bacaan kitab atau buku serta menghafaz Al Quran sahaja, tetapi ianya juga diikuti dengan perlaksaan atau praktikal atas apa yang dipelajarinya. Pihak MTDHI akan terus membentuk pelajar-pelajar ini melalui aktiviti harian mereka.
Heningan pagi akan didengarkan dan dikejutkan pelajar-pelajar dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran seawal 5.00 pagi. Manfaatnya bukan sekadar penghuni MTDHI sahaja malah penduduk sekeliling juga dapat menghayatinya. Sebelum azan Subuh berkumandang, pelajar-pelajar akan mengadakan solat sunat tahajjud bersendirian dan aktiviti tahajjud berjemaah diadaka sebulan sekali.
Solat Subuh berjemaah dengan diiringi wirid mutawatir dan bacaan Al Quran berjemaah dan bersendirian. Pelajar akan berada di Musollah sehingga waktu sarapan. Selesai bersarapan pelajar akan memulakan kelas mengikut peringkat dan tahap kemampuan setiap individu. Solat sunah Dhuha juga dimestikan setiap pelajar. Bagi tujuan pendidikan, pihak MTDHI telah mengesorkan ianya diadakan secara berjemaah.
Makan tengahari bergantung pada waktu solat, sekiranya lewat pelajar akan diberikan makan awal dan sebaliknya. Pelajar akan meyambung pengajian secara formal selepas selesai menunaikan solat Zohor berjemaah sehingga waktu Asar. Selepas solat Asar dan wirid berjemaah, pelajar akan memulakan aktiviti luar, seperti, mengemas asrama, surau, menyapu dan membersihkan kawasan sekeliling surau, sekolah, asrama dan tandas mereka. Aktiviti ini tiada pelajar yang berkecuali.
Pelajar akan didedahkan bagaimana mengurus persekitaran Ma'ahad dan menggunaruang tanah yang sedia ada untuk aktiviti bercucuk tanam. Akiviti-aktiviti ini akan dipantau sepenuhnya oleh seluruh warga MTDHI.
Pelajar akan makan malam sebelum solat Maghrib. Selepas solat Maghrib dan wirid berjemaah, pelajar akan didedahkan bacaan kitab bertalaqqi atau menghafaz Al Quran. Solat Isyak berjemaah akan dilewatkan sejam dari waktunya, kerana memberi masa pelajar membaca, menghafaz dan mengulangkaji matapelajaran mereka. Sebelum balik ke asrama pelajar akan mengerjakan solat sunat Witir dan membaca surah Al Mulk secara berjemaah.
Setiap hari Isnin dan Khamis, pelajar-pelajar akan dilatih untuk puasa sunat. Dan setiap malam pelajar akan mengadakan tahlil.
Pada setiap malam Jumaat akan diadakan Tahlil Perdana. Manakala sebulan sekali minggu ketiga, pada hari Sabtu pukul 9.00 pagi diadakan Kuliah Perdana terbuka kepada umum. Sesiapa yang berminat adalah dialu-alukan. Serta Tahlil Perdana terbuka kepada umum.
Para pelajar sering diundang dan dijemput untuk menghadiri pelbagai majlis keraian. Sautul Darul Hijrah juga sering diundang untuk memeriahkannya dengan pelabagai bentuk persembahan,antaranya nasyid, qasidah, zanji, marhaban dan tazkirah
Aktiviti dan jadual tetap ini telah berjalan sejak lama dan sentiasa ada pembaharuan dan perubahan bagi menambah pembaikkan dari semasa ke semasa.

Comments