بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam ukhuwwah buat semua pelajar dan warga Ma'ahad
Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI). Untuk makluman pelajar dan warga
MTDHI, cuti persekolahan yang bermula 14 Mac 2020 hingga 21 Mac 2020 telah
dilanjutkan kepada 14 April 2020. Ekoran daripada pandemik terkini iaitu wabak
Covid-19 yang telah meluas di negara kita.
Saranan daripada kerajaan kini, mengarahkan kesemua pusat
pengajian termasuk Pusat Pengajian Tahfiz agar tidak beroperasi buat masa yang
telah ditetapkan. Ekoran itu Majlis Keselamatan Negara(MKN) telah mengenekan
tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (lockdown). Ini antara lain untuk
mengurangkan penyebaran wabak Covid-19 merebaksecara meluas.
Pihak Ma'ahad sentiasa mendoakan pelajar dan warga Ma'ahad agar
sentiasa berada dalam kerahmatan Allah dan kesihatan yang berterusan. Dan
seterusnya mengingatkan semua agar terus mematuhi arahan yang telah
dikeluarakan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) terutama dalam isu menjaga kebersihan. Disarankan agar kita
sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk untuk memastikan kita sentiasa dalam
keadaan bersih.
Bersempena dengan percutian yang tidak dijangkakan ini,
pihak Ma’ahad akan cuba dan terus memantau pengajian pelajar-pelajar dan system
pendidikan tidak ketinggalan, terutama dalam hafazan ayat-ayat suci al Quran.
Lantaran ini ,pihak Ma’ahad akan terus memaklumkan
kepada pelajar-pelajar melalui media sosial (whatsapp) ibubapa atau penjaga
agar dapat menyampaikannya kepada anak-anak. Segala kaedah dan cara akan
dikemaskini kepada ibubapa.
Pelbagai cara dan kaedah yang telah disarankan oleh
pelbagai ilmuwan dan ulamak agar mengamalkan pelbagai cara dan kaedah untuk
menghilang atau menghalang Covid-19 ini dari terus merebak. Ekoran itu, pihak
Ma’ahad ingin mengingatkan kepada pelajar-pelajar dan warga Ma’ahad bahawa Covid-19
ini adalah makhluk Allah. Selain usaha yang telah disarankan, pihak Ma’ahad
mengajak pelajar-pelajar dan warga Ma’ahad agar kembali kepada Allah dan
bermunajatlah selalu kepadaNYA serta mengadu hal dengan Allah sebanyak mungkin
agar segala jenis wabak yang mengganggu kesejahteraan umat Islam dapat
dihapuskan dan yang penting kita semua terus berada dalam keimanan yang benar
kepada Allah.
Rejab telah berlalu, kini kita sedang berada di bulan
Sya’aban. Maka sama-sama kita meningkatkan amalan ibadat dengan meneruskan
iabadat wajib serta melengkapkan ibadat qada yang belum selesai, samada solat
ataupun puasa.
Ramadhan pun bakal menjelma. Persiapkan diri untuk
menerima Tarbiah Ramadhan dan melapangkan dada dalam apa jua urusan kehidupan
kita.
4 Sya’aban 1441 bersamaan 29 Mac 2020
PENGETUA MA’AHAD
TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH
HAJJAH AZIZAH BINTI KHATIB MAT
-
PENGAJIAN SEPANJANG
HAYAT –
-
-
التعلم مدى الحياة
-
LIFELONG LEARNING -
Comments