Setelah mendapat maklum dari pihak kerajaan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah ditetapkan kini sehingga 26 Jan 2021 (Selasa), maka pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah membuat keputusan dan ketetapan bahawa cuti pengajian akan dilanjutkan sehingga 31 Jan 2021 (Ahad). Maka ibubapa/penjaga bolehlah membuat persiapan dan persediaan untuk pelajar-pelajar bermula sekarang. Tatacara pengendalian piawai (TPP) atau Standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dapatlah dipatuhi sepanjang tempoh percutian pelajar-pelajar bagi menjamin keselamatan dan kesihatan semua pihak.
Pihak Ma'ahad amat mengharapkan ibubapa/penjaga dapat mengawal pergerakkan anak-anak di rumah dan tidak terdedah dengan keadaan bergejala di luar kini yang semakin membimbangkan.
Meskipun Pahang hanya dikenakan PKP-B, tetapi ekoran musibah banjir yang turut melanda negeri Pahang maka ianya memberi kesan terhadap urus tadbir di Ma'ahad. Meskipun banjir tidak terkena di kawasan Ma'ahad, tetapi Ma'ahad berada dalam keadaan terkepung banjir. Sebarang urusan di luar Ma'ahad tergendala dan terbatas pergerakan keluar masuk kerana terkepung dengan air banjir.
Penginapan di Ma'ahad ketika ini dipenuhi dengan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa menumpang kerana penginapan mereka dinaikki air. Doakan agar mereka tabah menghadapi ujian ini. Ma'ahad akan sentiasa membantu apa yang termampu untuk meringankan bebanan mereka.
MAKLUMAT PENDAFTARAN : (Telah dimaklumkan melalui whatsApp)
Makluman kepada ibubapa/penjaga cuti akan dilanjutkan sehingga 30 Jan 2021.Untuk tahun baru ini Pendaftaran & Lapor diri pelajar pada :-
TARIKH :31hb Jan 2021
HARI : Ahad
MASA: Bermula 10.00pagi.
AGENDA PROGRAM:-
1)10.00-11.00am :Pendaftaran & Lapor diri pelajar.
2)11.00-12.30pm:Gotong royong mini.Mesin rumput,bersihkan asrama,bersihkan bangunan sekolah,dan lain-lain yg sepatutnya.
3)12.30-1.00pm:Makan tengahari.
-Minta kerjasama ibubapa/penjaga bawa pot luck yee.nasi Maahad akan sediakan.
4)1.00-3.00pm:Solat Zuhur berjemah - Taklimat untuk ibubapa/penjaga dan pelajar dari pihak Maahad.
5)3.00pm:Bersurai
KEHADIRAN IBUBAPA/PENJAGA ADALAH DIWAJIBKAN.
-Pihak Maahad berharap sangat tuanpuan dapat mengosongkan masa pada tarikh tersebut utk bersama2 gotong royong di Maahad.
Terima Kasih
Segala kerjasama yang kami nantikan akan berhasil dengan kesungguhan ibubapa/penjaga.
Comments