Skip to main content

PERJUMPAAN & TAKLIMAT ONLINE BERSAMA IBUBAPA DAN PENJAGA PELAJAR MA'AHAD

18 Jamadil Akhir 1442 bersamaan 31 Januari, Ahad : 

Pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengadakan perjumpaan dan taklimat khas secara online bersama ibubapa dan penjaga pelajar. Kehadiran adalah menggalakkan dan mendapat sambutan yang baik dari pihak ibubapa dan penjaga pelajar.

Pihak Ma'ahad telah membuat beberapa ketetapan dan peraturan tambahan yang perlu diikuti oleh semua pihak bagi menjamain kelancaran semasa pendaftaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di Ma'ahad nanti. Ma'ahad akan mula beroperasi secara fizikal pada 25 Jamadil Akhir 1442 bersamaan 07 Februari 2021 hari Ahad bermula jam 10.00 pagi. 

Segala persiapan untuk menyambut kedatangan pelajar sedang dijalankan ketika ini.

Beberapa garis panduan dan tatacara serta langkah yang perlu diambil oleh ibubapa dan penjaga pelajar bagi memastikan mereka dapat mengikuti pembelajaran secara fizikal pada 07 Februari 2021 nanti.




Terima kasih atas kerjasama semua dari ibubapa dan penjaga pelajar. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dan memberkati perjalanan kehidupan kita. Sebarang pertanyaan dan penjelasan yang detail boleh terus hubungi pihak Ma'ahad.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9