Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Pendaftaran Kemasukkan Pelajar 1442-43/2021

Seawal pagi pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah buat pelbagai persediaan untuk menyambut ketibaan pelajar-pelajar Ma'ahad bagi sesi pengajian 1442-43/2021. Petanda penjarakkan, alat kawalan suhu, handsanitizer, meja pendaftran, ruangan pelajar meletakkan barang keperluan dan sebagainya telah diusahakan dengan sempurna oleh pihak Ma'ahad. Pendaftaran hanya menggunakan satu pintu utama untuk pelajar dan ibu/bapapenjaga masuk dan satu pintu kecil untuk ibu/bapa/penjaga keluar. Hanya seorang wakil sahaja bersama pelajar masuk ke ruangan pendaftaran untuk mendaftar. Pihak Ma'ahad telah memaklumkan kepada semua ibubapa dan penjaga pelajar agar menjaga peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Ma'ahad. 

Pendaftaran Sesi Pengajian Fizikal 1442-43/2021

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah terima kebenaran beroperasi dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP). Susulan dari kebenaran tersebut, pihak Ma'ahad telah buat satu ketetapan tarikh dan masa untuk pendaftaran fizikal adalah seperti berikut : Tarikh        : 12 Rejab 1442 bersamaan 28 Februari 2021 Hari            : Ahad Masa           : 10.00 pagi Tempat     : Perkarangan Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah Pelajar yang berada di luar daerah Ma'ahad (Maran), memaklumkan bahawa pihak Ma'ahad akan menyediakan Surat Panggilan Mendaftar bagi ibubapa atau penjaga pelajar yang memohon sahaja. Pelajar dikehendaki mengkuarantinkan diri bermula hari ini sehingga tarikh pendaftaran nanti, bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Dan pihak Ma'ahad mengharapkan semua pelajar menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari keluar ke kawasan yang tidak sewajarnya. Segala keperluan untuk mendaftarkan diri ke Ma'ahad hendaklah d

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah Menangguhkan Pendaftaran 1442-43/2021

Keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum menampakkan keredaan dan penurunan yang mengalakkan, maka pihak kerajaan telah mengumumkan penambahan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 06 Rejab 1442 bersamaan 18 Februari 2021 hari Khamis. Maka pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah telah berhubung dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), maka ketetapan yang dikeluarkan pada 08 Jamadil Akhir 1442 bersamaan 21 Januari 2021 adalah digunapakai sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dihentikan. Pihak Ma'ahad akan memaklumkan tarikh baru untuk pendaftaran kemasukan pelajar ke Ma'ahad, setelah mendapat kelulusan untuk beroperasi dari pihak MUIP. Segala kerjasama ibubapa dan penjaga pelajar adalah dihargai. Maka pengajian secara atas talian (online) akan diteruskan sehingga tarikh pendaftaran baru akan dimaklumkan nanti. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan pihak Ma'ahad.