Sunday, February 28, 2021

Pendaftaran Kemasukkan Pelajar 1442-43/2021

Seawal pagi pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah buat pelbagai persediaan untuk menyambut ketibaan pelajar-pelajar Ma'ahad bagi sesi pengajian 1442-43/2021. Petanda penjarakkan, alat kawalan suhu, handsanitizer, meja pendaftran, ruangan pelajar meletakkan barang keperluan dan sebagainya telah diusahakan dengan sempurna oleh pihak Ma'ahad.

Pendaftaran hanya menggunakan satu pintu utama untuk pelajar dan ibu/bapapenjaga masuk dan satu pintu kecil untuk ibu/bapa/penjaga keluar. Hanya seorang wakil sahaja bersama pelajar masuk ke ruangan pendaftaran untuk mendaftar.

Pihak Ma'ahad telah memaklumkan kepada semua ibubapa dan penjaga pelajar agar menjaga peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Ma'ahad. 







No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...