Skip to main content

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah Menangguhkan Pendaftaran 1442-43/2021

Keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum menampakkan keredaan dan penurunan yang mengalakkan, maka pihak kerajaan telah mengumumkan penambahan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 06 Rejab 1442 bersamaan 18 Februari 2021 hari Khamis.

Maka pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah telah berhubung dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), maka ketetapan yang dikeluarkan pada 08 Jamadil Akhir 1442 bersamaan 21 Januari 2021 adalah digunapakai sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dihentikan.

Pihak Ma'ahad akan memaklumkan tarikh baru untuk pendaftaran kemasukan pelajar ke Ma'ahad, setelah mendapat kelulusan untuk beroperasi dari pihak MUIP.

Segala kerjasama ibubapa dan penjaga pelajar adalah dihargai.

Maka pengajian secara atas talian (online) akan diteruskan sehingga tarikh pendaftaran baru akan dimaklumkan nanti.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan pihak Ma'ahad.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9