Wednesday, February 24, 2021

Pendaftaran Sesi Pengajian Fizikal 1442-43/2021

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah terima kebenaran beroperasi dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP).




Susulan dari kebenaran tersebut, pihak Ma'ahad telah buat satu ketetapan tarikh dan masa untuk pendaftaran fizikal adalah seperti berikut :
Tarikh      : 12 Rejab 1442 bersamaan 28 Februari 2021
Hari         : Ahad
Masa        : 10.00 pagi
Tempat     : Perkarangan Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah

Pelajar yang berada di luar daerah Ma'ahad (Maran), memaklumkan bahawa pihak Ma'ahad akan menyediakan Surat Panggilan Mendaftar bagi ibubapa atau penjaga pelajar yang memohon sahaja.
Pelajar dikehendaki mengkuarantinkan diri bermula hari ini sehingga tarikh pendaftaran nanti, bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Dan pihak Ma'ahad mengharapkan semua pelajar menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari keluar ke kawasan yang tidak sewajarnya.
Segala keperluan untuk mendaftarkan diri ke Ma'ahad hendaklah disediakan dengan sebaik mungkin, bagi mengelak keperluan pelajar tertinggal di rumah ketika pembelajaran di Ma'ahad bermula.
Ibubapa atau penjaga pelajar perlu bersedia untuk menghadapi beberapa proses sepanjang pelajar berada di Ma'ahad nanti dan bersedia untuk mematuhinya.

No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...