Skip to main content

PENGAJIAN DI MA'AHAD MASIH BELUM DIBUKA

Setelah pihak berwajib menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 perlu diadakan untuk membenteras penularan wabak Covid-19 yang akan bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021. Maka pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah membuat ketetapan dengan menangguhkan sessi pengajian sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pihak Ma'ahad menyarankan semua pelajar agar meluangkan masa sebaik mungkin dengan mentalaah pelajaran untuk memenuhi masa di rumah. Kelas pengajian online juga akan disediakan untuk memudahkan pelajar berinteraksi dengan tenaga pengajar.

Sila dapatkan arahan melalui talian whatsapp yang telah disediakan untuk pelajar.

Bersama kita berdoakan agar terus berada dibawah lindunganNYA dan dihindari dari penyakit yang merbahaya.



Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9