سبحان الله Subhanallah... Sejadah juga makhluk Allah... Sebagaimana daun, tumbuhan dan makhluk Allah yang lain tunduk sujud, bertasbih, bertahmid dan sentiasa berzikir kepadaNya.... Bagaimana pula dengan manusia yang dianugerahkan akal fikiran.
Peristiwa ini berlaku pada penghujung 11 RabiulAwal 1433 dan permulaan 20 RabiulAwal 1433 bersamaan 11 Februari 2012.
Beberapa pelajar perempuan telah diminta oleh Ummi(pengetua Ma'ahad) supaya membasuh sejadah dengan menggunakan mesin. Tapi pelajar-pelajar tersebut basuh menggunkan tangan. Akibatnya sejadah tersebut lambat kering dan lembab pada sebelah petang. Pelajar perempuan telah menjemurkannya di dalam surau lama dengan cara dihamparkan kesemuanya.
Selepas solat maghrib ada diantara pelajar perempuan naik ke atas surau dan mereka terperanjat kerana melihat sejadah yang dihamparkan tadi kini terbentuk seperti di dalam gambar di atas.
Pihak Pengetua dan pengurusan Ma'ahad telah bertanya berkali-kali adakah ianya dibuat atau ianya terbentuk sendiri. Pelajar-pelajar tersebut tetap menjawab ianya bukan dibuat oleh mereka. Subhanallah.... Inilah apa yang ingin ditunjukkan oleh Allah Ta'ala.
Ikut akal pemikiran secara lalu ianya seperti tidak masuk akal, tapi bila difikirkan secara waras tentang hak Allah untuk mencipta sesuatu dan mengarahkan untuk ianya berlaku maka itulah yang akan berlaku. Apapun pandangan orang di luar pihak Ma'ahad menerimanya, tapi yang menghadapinya adalah penghuni Ma'ahad ini.
Sebelah atas adalah bangunan surau lama. Sebelah bawah ditempatkan kediaman tenaga pengajar wanita.
Kepada sesiapa yang berpeluang melihatnya ambillah ianya sebagai satu peringatan untuk kita semua bahawa kewajipan bersolat itu adalah kewajipan yang mesti dilakukan oleh semua yang telah ditaklifkan oleh Allah untuk mengerjakannya.
Ummi (Pengetua) sering kali melaungkan dalam setiap kali tazkirahnya kepada pelajar-pelajar Ma'ahad dan secara tidak langsung kepada seluruh umat Islam yang berada di sekeliling Ma'ahad atau yang lalu di depan Ma'ahad yang terdengar tazkirahnya berkata, bahawa amalan yang pertama akan dipersoalkan di Padang Mahsyar nanti adalah mengenai iabadat solat, mengikut mafhum hadis. Oleh itu, Ma'ahad ini cukup menitikberatkan soal ibadat solat ini apatah lagi secara berjemaah. Mengikut Ummi lagi, sesiapa yang berada di dalam kawasan Ma'ahad ini adalh menjadi kewajipan kepada mereka untuk mendirikan solat secara berjemaah di surau yang disediakan. Sebab itulah, semua Tenaga Pengajar yang mendidik anak bangsa di Ma'ahad ini dimestikan solat berjemaah di surau bersama pelajar-pelajar. Disamping pahala yang mereka perolehi mereka juga dapat mendidik pelajar-pelajar Ma'ahad ini secara tidak langsung cara solat yang betul.
Comments
Dan satu lagi mereka nak bantu anda semua di Maahad yang gigih berjuang mempertahankan Agama. Wah Ustazah Azizah ni pon speaking² jugak ni, steady Ustazah..
Maka iktibar yang terpokok bagi saya dari insiden tersebut ialah supaya kita bantu promosi anak-anak 'ilmu kita di Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam supaya lebih ramai sahabat-sahabat kita yang akan tampil ke hadapan dan membantu perjuangan depa ni so mai lah kita pakat-pakat ambil tahu mengenai mereka yang terdiri dari para-para barisan pendidik serta anak-anak yatim & miskin di MTDHI ini.
Saya ingin bertanya kepada pihak MTDHI.
Adakah peristiwa ini berlaku selepas menunaikan solat maghrib berjemaah di surau lama ini atau memang pada hari tersebut solat maghrib tidak dibuat berjemaah di situ sebab sejadah yang dijemur masih lembap.
Harap dapat maklum balas.
Peristiwa ini berlaku selepas selesai solat maghrib, dan hajat berjemaah.