Skip to main content

KEHADIRAN RAMADHAN YANG DINANTIKAN- MAJLIS BERBUKA PUASA KEPADA UMUM

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh pembaca. Alhamdulillah kehadiran Ramadhan pada tahun ini, pihak Pengurusan MTDHI akan mengadakan beberapa program khas bersama masyarakat.
Ramadhan bulan ibadat yang mengajak seluruh umat Islam memperbanyakkan amalan kebajikan dan bulan melatih dan mentarbiyah diri kita agar melakukan amalan kehidupan kita ikhlas kepada Allah. Bulan Ramadhan inilah peluang kepada kita untuk menghampirkan diri kita kepada Illahi. Penghayatan Islam dan pelaksaannya biarlah dapat dibentuk dengan jayanya sepanjang kehadiran Ramadhan. Hayatilah suasana sebenar Ramadhan dan janganlah ianya diabaikan dengan kesibukan yang tidak sepatutnya. Warnailah bulan ibadah Ramadhan ini dengan kebajikan yang berterusan agar ianya dapat melatih kita untuk terus dalam ibadah sepanjang tahun.
Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan penuh dengan pahala, maka pihak Pengurusan MTDHI tidak melepaskan peluang ingin. Pada tahun ini pihak Pengurusan MTDHI akan mengadakan jamuan berbuka puasa setiap hari kepada hadirin muslimin dan muslimat. Maka dengan rasa rendah hati pihak MTDHI menjemput kaum muslimin dan muslimat untuk sama-sama berbuka puasa dengan anak-anak di MTDHI pada setiap hari. Ruangan berbuka dan solat disediakan untuk muslimin dan muslimat.
Kehadiran muslimin dan muslimat untuk sama-sama menjayakan majlis berbuka puasa ini amatlah dialu-alukan. Seterusnya pihak MTDHI menjemput muslimin dan muslimat bersama-sama mengerjakan solat maghrib berjemaah dan seterusnya solat isyak dan tarawikh bersama-sama.
Ramadhan bulan yang penuh dengan limpahan pahala bagi mereka yang mengerjakannya kerana ketaqwaan dan keikhlasan kerana Allah. Ramadhan bulan yang banyak melatih kita agar terus mengenali diri dan menghitung kesilapan yang telah dilakukan untuk kita bermunajat kepadaNYA agar memohon keampunan dariNYA. Rebutlah ruang dan peluang di bulan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amalan bersedekah dan melakukan kebajikan kerana Allah. Bersama-sama kami di Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah untuk beramal ibadat dan berbuka puasa secara berjemaah seterusnya solat berjemaah maghrib, isyak dan tarawih.
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK DARI WARGA MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9

KEM REMAJA 11 - 17 FEBRUARI 2024 MTDHI KEMBALI LAGI...

Cuti sekolah sudah hampir. Pihak Pengurusan Maáhad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) mengundang pelajar-pelajar untuk bersama menyerta KEM REMAJA yang akan diadakan seperti berikut : Kehadiran pelajar adalah dinanti-nantikan. Bersama kita memenuhi percutian persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat. Ikuti kami di :