Skip to main content

Sebulan Bersama Warga MTDHI

Berlalu sudah sebulan perjalanan Kem Ibadah Remaja 2013 yang berakhir pada 12 Safar 1435 bersamaan dengan 15 Disember 2013 pada hari Ahad baru-baru ini. Pengisian yang padat dengan pelbagai ilmu dan pendekatan. Pendekatan rohani menjadi aktiviti tetap untuk memantapkan jatidiri warga peserta dan cuba menyedarkan peserta pentingnya sebuah kehidupan.
Sepanjang program Kem Ibadah Remaja, cabaran dan dugaan tidak dapat dielakkan. Ini lebih mematangkan penggerak program ini. Latihan diberikan kepada pelajar-pelajar Ma'ahad untuk memimpin arah dan gerakkerja peserta sepanjang kem ini berlangsung. Mereka telah dipandu arah oleh Ustazah Hajjah Hafizah Mohd Alwi selaku Guru Penolong Kanan Ma'ahad dengan dibantu bersama oleh ustaz dan ustazah-ustazah yang mengajar di Ma'ahad ini.
Pelbagai pengisian yang telah dimuatkan sepanjang kem ini berlangsung, antaranya, motivasi oleh tetamu jempuatan YM Cikgu Raja (Pakat Motivasi), Ustaz Idris (Pendakwah) dan Puan Mastura Muhammad.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar di luar sana. Program seperti ini, in sya Allah akan diteruskan pada setiap tahun.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9