Skip to main content

Pengenalan Al Quran dan Bahasa Arab

Pada 3 Rabiul Awal 1435 bersamaan 5 Januari 2014 pihak Ma'ahad telah memilih tarikh pendaftaran pelajar-pelajar baru untuk kemasukkan sesi pengajian tahun 1435/36 bersamaan 2014. Bersempena dengan bulan Rabiul Awal, yang terkenal dengan bulan maulidur rasul pihak Ma'ahad ingin menanamkan semangat cintakan kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menghayati perjalanan kehidupan Rasul dalam pentadbiran Ma'ahad dan kepada semua pelajar. Pendaftaran bermua daru pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul1.30 petang. Pada pukul 11.00pagi semua ibubapa, penjaga dan seluruh pelajar diberikan taklimat dan penjelasan oleh pihak Ma'ahad yang didahului oleh Pengetua Ma'ahad,Ummi Hajjah Azizah disusuli dengan kata-kata semangat oleh Prof. Adj. Dr. Mohd Mazlan dan diakhirai dengan pendekatan ilmu tauhid oleh Ustaz Mohd Rasyiq.
Ibubapa dan pelajar sedang mendengar taklimat.



 


Pendaftaran diadakan di pejabat Ma'ahad. Para pelajar juga ditemuduga untuk meneliti prestasi diri. Selepas ibubapa,penjaga dan pelajar mendengar taklimat, mereka diberi peluang untuk ke asrama pelajar bagi tujuan mengemaskan dan menyiapkan kelengkapan anak-anak mereka di asrama.
Meskipun pendaftaran sepatutnya berakhir pada pukul 2.30 petang, namun selepas waktu solat asar masih terdapat lagi beberapa orang pelajar yang lewat datang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekali lagi pihak Pengetua Ma'ahad terpaksa mengadakan taklimat dan penjelasan ringkas kepada ibubapa, penjaga dan pelajar baru.
Pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah mengucapkan selamat mendalami ilmu pengajian di taman-taman ilmu. Bersama kami PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9