Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

SAHUR, BERBUKA DAN MOREH BERSAMA WARGA DARUL HIJRAH

Ramadhan 1435 bakal menjelma. Rindu dengan suasana ibadah sudah mula dirasai. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah ingin mengajak kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia dan Malaysia khususnya agar meraikan kehadiran Ramadhan kali ini dengan lebih meriah dan dengan rasa tanggungjawab untuk beribadat. Ramadhan kali ini, pihak Ma'ahad tidak ketinggalan ingin menjemput seluruh muslimin dan muslimat yang berminat untuk sama-sama meraikan Ramadhan bersama kami di perkarangan Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah.Pihak Ma'ahad ada menyediakan sahur, berbuka puasa dan moreh bersama masyarakat. Sekali lagi pihak Ma'ahad mermbuka tirau terbuka kepada masyarakat, agensi-agensi, NGO-NGO, jabatan-jabatan atau mana-mana badan koprat untuk sama-sama meraikan majlis ini di Ma'ahad. Segala persiapan bersama akan diadakan dengan kadar kemampuan yang pihak Ma'ahad ada. Tahun 1434 Ramadhan yang lalu, pihak Ma'ahad ada menerima kunjungan bersahur, berbuka dan moreh bersama dari pelbaga

Ramadhan Bulan Ibadah

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).   ( Surah Ali `Imran: 110 ) Mafhum dari surah Al Baqarah: 183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. 184. (Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan o

Pengetua ke Istanbul, Turki

Setelah empat tahun Muhammad Halifa Mukhlis di Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) sebagai seorang pelajar yang berusaha untuk terus membukti kepada keluarga dan masyarakat bahawa dia mampu untuk terus bersaing dengan pelajar-pelajar di luar telah menyambung pengajiannya di Istanbul, Turki. Pembiayaan penerbangan telah dibantu sepenuhnya oleh seorang dermawan di Kuantan. Dan pengajiannya di sana ditanggug sepenuhnya oleh waqaf di tempat pengajiannya. Dia merupakan seorang anak yatim di Ma'ahad ini. Pengetua Ma'ahad Ustazah Hajah Azizah bersama guru pengiring, Ustaz Mohd Rasyiq telah bersama-sama mengiringnnya ke Istanbul, Turki bagi memastikan penginapan dan tempat belajarnya selesa. Perjalanannya ke Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Turki Airlines telah bertolak pada 5 Mei 2014 baru-baru ini. Pihak Ma'ahad selalu mendoakan kejayaan buat semua pelajar-pelajar yang telah memilih untuk meneruskan pengajiannya. Semoga Halifa mampu pulang sebagai

Suasana Ma'ahad kini

Setelah berlalu beberapa bulan dalam tahun 2014, pihak Ma'ahad telah menerima kemasukan pelbagai jenis lapisan. Ada yang jenis untuk sementara menunggu panggilan ke tempat lain, ada antaranya untuk meperbaiki akhlak dan ada juga untuk menuntut ilmu. Sementara sekolah-sekolah lain bercuti, Ma'ahad telah menyediakan satu program khas untuk pelajar-pelajar Ma'ahad dan terbuka untuk pelajar-pelajar luar mengikuti kem ibadah. Antara lain pengisian utama dalam program ini adalah memperbetulkan bacaan ayat suci Al Quran dan memperhalusi bacaannya bagi mereka yang masih belum lancar. Mendedahkan pelajar kepada kaedah wuduk dan solat yang betul. Penekanan yang penting sepanjang mengikuti kem ini adalah penerapan aqidah yang betul kepada peserta. Hari ini sudah masuk hari ketiga peserta mengikuti program. Walaupun begitu pihak Ma'ahad masih menerima kemasukkan lagi. Suasana yang ceria dan menyeronokkan ini akan berkekalan dan dipermudahkan urusan pihak pentadbir untuk mengendal