Monday, June 23, 2014

Pengetua ke Istanbul, Turki

Setelah empat tahun Muhammad Halifa Mukhlis di Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) sebagai seorang pelajar yang berusaha untuk terus membukti kepada keluarga dan masyarakat bahawa dia mampu untuk terus bersaing dengan pelajar-pelajar di luar telah menyambung pengajiannya di Istanbul, Turki. Pembiayaan penerbangan telah dibantu sepenuhnya oleh seorang dermawan di Kuantan. Dan pengajiannya di sana ditanggug sepenuhnya oleh waqaf di tempat pengajiannya. Dia merupakan seorang anak yatim di Ma'ahad ini.
Pengetua Ma'ahad Ustazah Hajah Azizah bersama guru pengiring, Ustaz Mohd Rasyiq telah bersama-sama mengiringnnya ke Istanbul, Turki bagi memastikan penginapan dan tempat belajarnya selesa.
Perjalanannya ke Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Turki Airlines telah bertolak pada 5 Mei 2014 baru-baru ini. Pihak Ma'ahad selalu mendoakan kejayaan buat semua pelajar-pelajar yang telah memilih untuk meneruskan pengajiannya. Semoga Halifa mampu pulang sebagai anak watan yang berjaya dunia dan akhirat. Serta menunjukkan kejayaan yang baik buat pelajar-pelajar Ma'ahad yang lain.

No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...