Monday, June 2, 2014

Suasana Ma'ahad kini

Setelah berlalu beberapa bulan dalam tahun 2014, pihak Ma'ahad telah menerima kemasukan pelbagai jenis lapisan. Ada yang jenis untuk sementara menunggu panggilan ke tempat lain, ada antaranya untuk meperbaiki akhlak dan ada juga untuk menuntut ilmu.
Sementara sekolah-sekolah lain bercuti, Ma'ahad telah menyediakan satu program khas untuk pelajar-pelajar Ma'ahad dan terbuka untuk pelajar-pelajar luar mengikuti kem ibadah. Antara lain pengisian utama dalam program ini adalah memperbetulkan bacaan ayat suci Al Quran dan memperhalusi bacaannya bagi mereka yang masih belum lancar. Mendedahkan pelajar kepada kaedah wuduk dan solat yang betul. Penekanan yang penting sepanjang mengikuti kem ini adalah penerapan aqidah yang betul kepada peserta.
Hari ini sudah masuk hari ketiga peserta mengikuti program. Walaupun begitu pihak Ma'ahad masih menerima kemasukkan lagi. Suasana yang ceria dan menyeronokkan ini akan berkekalan dan dipermudahkan urusan pihak pentadbir untuk mengendalikannya.

No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...