Tuesday, June 24, 2014

SAHUR, BERBUKA DAN MOREH BERSAMA WARGA DARUL HIJRAH

Ramadhan 1435 bakal menjelma. Rindu dengan suasana ibadah sudah mula dirasai. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah ingin mengajak kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia dan Malaysia khususnya agar meraikan kehadiran Ramadhan kali ini dengan lebih meriah dan dengan rasa tanggungjawab untuk beribadat.
Ramadhan kali ini, pihak Ma'ahad tidak ketinggalan ingin menjemput seluruh muslimin dan muslimat yang berminat untuk sama-sama meraikan Ramadhan bersama kami di perkarangan Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah.Pihak Ma'ahad ada menyediakan sahur, berbuka puasa dan moreh bersama masyarakat. Sekali lagi pihak Ma'ahad mermbuka tirau terbuka kepada masyarakat, agensi-agensi, NGO-NGO, jabatan-jabatan atau mana-mana badan koprat untuk sama-sama meraikan majlis ini di Ma'ahad. Segala persiapan bersama akan diadakan dengan kadar kemampuan yang pihak Ma'ahad ada.
Tahun 1434 Ramadhan yang lalu, pihak Ma'ahad ada menerima kunjungan bersahur, berbuka dan moreh bersama dari pelbagai agensi, NGO-NGO dan individu-individu.

 Pada tahun ini pihak Ma'ahad ada menyediakan kupon khas Ramadhan untuk seorang peserta. Harga kupon untuk setiap seorang adalah RM10.00 (sahur, berbuka dan moreh)

No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...