Skip to main content

KEM Ibadah Remaja 2014 Kembali...

Eksplorasi Ilmiah MTDHI (EIM) kembali lagi pada tahun ini, dengan acara Kem Ibadah Remaja (KIR) dengan pengisian yang berlainan dan menarik. Kem ini juga akan turut disertai oleh anak-anak Ma'ahad.
KIR kali ini akan menfokuskan kepada memahamkan remaja tentang pendekatan ilmu tauhid yang sebenar mengikut kacamata Ahli Sunnah wal Jamaah. Dan dengan pendekatan ini, pihak MTDHI akan cuba mengajak peserta agar dapat menghayatiny. Dan memperkemaskan diri remaja dengan pelaksanaan solat mengikut sunnah dan menghayati ibadah solat dan kemanisannya.
Disampng itu, pembetulan bacaan ayat-ayat Al Quran, terutamanya bacaan lazim di dalam solat juga akan dititikberatkan. Menyedari masalah sosial di luar kian meruncing, Ma'ahad akan cuba membantu memperkukuhkan kredibiliti anak remaja kini dengan penekanan akhlak mengikut sunnah. Peserta KIR juga akan didedahkan bagaimana mengurus diri, menjaga kebersihan persekitaran dan bercucuk tanam bagi peserta lelaki dan mengurus dapur bagi peserta perempuan.
Kepada yang berminat, bolehlah berhubung terus pihak berkewajipan di Ma'ahad.
Ustzah Hajah Azizah (Ummi) : 0129815057, Ustazah Hafizah (Kak Teh) :0199899815, Ustaz Rasyiq : 0192713781, Pejabat :094855115 atau emelkan : mt_dh@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9