Berlalu sudah 1436 penghijrahan Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dari Kota Makkah ke Kota Madinah dengan pembukaan Kota Madinah sebagai Kota Pentadbiran umat Islam dengan jayanya. Pentadbiran yang berteraskan Al Quran dengan bimbingan dan didikan Baginda Rasulullah, maka kota ini menjadi tempat tumpuan dan rujukan seluruh manusia.
Bila tahun baru hijrah tiba, pengisian ceramah dan tazkirah akan berkisar mengenai sejarah penghijrahan Baginda Rasulullah dan keperitan bersama sahabat dalam meyebarkan dakwah Islam kepada seluruh umat. Sejarah didedahkan dan diingatkan kembali kepada masyarakat adalah bertujuan supaya kita mengingati keperitan Baginda dalam menyelusuri dakwah kepada masyarakat. Itulah antara cabaran Rasulullah dalam mendidik dan mengajak manusia ke arah kebaikan dan kembali kepada fitrah.
Seruan dan teknik dakwah yang dibawa oleh Rasulullah, bolehlah dijadikan rujukan dan method untuk pendaie dalam menyampaikan dakwah. Menyungkil teknik dan method sebenar yang dibawa oleh Baginda bukan sekadar menyatakan 'kita mesti menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan' tetapi telah tiba masanya para daie menyungkil dan mendalami sejarah teknik dan method dakwah yang dibawa oleh Rasulullah dan para sahabat dalam memastikan Islam diterima oleh seluruh masyarakat.
Akhlak adalah antara tunggak utama yang telah dibawa oleh Rasulullah dan para sahabat dalam berdakwah. Uslub dan pendekatan mengajak dan menerang masyarakat ke arah kebaikan lebih berkesan dari terus menyerang dan menghentam mana-mana musuh Islam yang terang atau berselindung. Pendekatan ini adalah antara cara yang mudah dan cepat menyentuh perasaan individu yang baru ingin berjenak-jenak dengan amalan Islam.
Bersempena dengan Maal Hijrah pada tahun ini, pihak Ma'ahad tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikannya dengan pelbagai aktiviti dalaman untuk anak-anak di Ma'ahad. Antara pengisiannya, adalah menyedarkan remaja tentang penting memperindahkan akhlak dalam kehidupan selari dengan tuntutan Islam yang berpegang dengan aqidah yang sebenar. Kesopanan dan kehalusan dalam kehidupan juga dititikberatkan, agar remaja kini peka dengan keadaan sekeliling yang banyak mengarahkan kepada keburukan dan kehancuran hidup. Seterusnya, pihak Ma'ahad cuba membawa anak-anak Ma'ahad agar mampu membawa sunnah kehidupan Baginda Rasulullah dalam kehidupan harian mereka.
Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1436, semoga azam pada tahun ini akan lebih bersemangat dan mengajak diri serta keluarga ke arah menghayati sunnah Baginda Rasulullah.

Comments