Tuesday, November 18, 2014

Persediaan Kem Ibadah Remaja

Kem Ibadah Remaja tahun 2014 akan kembali. Pendaftaran peserta bermula pukul 9.30 pagi pada hari Ahad 23 hbNovember 2014 bersamaan 30 Muharram 1436. Peserta-peserta diminta melaporkan diri seawal mungkin untuk memudahkan urusan penempatan peserta. Pelajar-pelajar Ma'ahad juga diberi peluang untuk megikuti program tahunan ini untuk memantapkan diri pelajar dan bergaul dengan peserta-peserta luar.
Antara syarat utama penyertaan ini:
  • Peserta tidak ada penyakit yang kronik
  • Peserta berminat untuk mengikuti Kem Ibadah Remaja
  • Peserta bersedia mengikuti semua peraturan dan jadual dari pihak Ma'ahad
Penyertaan ini terbuka kepada:
  • Umur 10 tahun (syarat boleh mengurus diri sendiri)hingga 17 tahun
  • Lelaki dan perempuan
Syarat dan keperluan tambahan:
- Peserta TIDAK dibenarkan membawa bersama:
  • telifon bimbit (handphone)
  • peralatan letrik
  • peralatan tajam
  • peralatan permainan
- Peserta dikehendaki membawa bersama:
  • pakaian harian (t-shirt, tudung dan jubah bewarna hitam, t-shirt bergambar TIDAK dibenarkan bawa dan pakai semasa kem berlansung)
  • peralatan mandi dan basuh baju
  • peralatan menulis
  • peralatan tidur (pihak Ma'ahad hanya menyediakan tilam sahaja)
  • bekalan makanan tambahan
  • pakaian dan kasut bersenam
Setiap peserta dikehendaki mengisi borang pada hari pendaftaran beserta 2 keping gambar berukuran pasport. Bayaran hendaklah dijelaskan pada hari pendaftaran.
Masa pendaftaran :
  1. 9.30 pagi - 12.00 tengahari : Kawasan Pejabat Ma'ahad
  2. 2.30 - 4.15 petang : Kawasan Kediaman Pengetua

Taklimat akan diadakan dari masa ke semasa untuk memudahkan ibubapa dan penjaga berjumpa dengan pihak pengurusan Ma'ahad.

No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...