Bermula dari 21 November hingga hari ini, peserta kem telah menjalani pelbagai aktiviti. Aktiviti dalam dewan, luar dewan dan aktiviti riadhah di luar kawasan Ma'ahad. Pendekatan memantapkan aqidah dan memperbetulkan ibadah solat dan bacaan ayat-ayat Al Quran. Peserta didedahkan juga dengan hafazan beberapa surah pilihan.
Peserta dikejutkan awal pagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran. Seterusnya peserta digalakkan untuk mengerjakan ibadah solat sunat tahajjud 2 raka'at.Selepas selesai solat subuh berjemaah, para peserta akan membaca mathurat beramai-ramai dengan diikuti bacaan surah Al Mulk.
Para peserta akan dihidangkan sarapan sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. Aktiviti ilmiah peserta dibahagikan kepada tiga kategori,
2. Penekanan tentang syariat beribadat, mengenai penyempurnaan ibadah solat dan sebagainya
4. Membetulkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan pendedahan tentang menghafaz surah-surah pilihan.
Fasilitator terdiri dikalangan pelajar Ma'ahad dengan dibantu ajar oleh para asatizah untuk membantu dan membimbing kumpulan peserta kem.
No comments:
Post a Comment