Skip to main content

AQIDAH DAN TAHSIN AS SOLAT WAL QIRAAT

8 Januari 2019 : Suasana ceria di perkarangan Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah dengan kehadiran ibubapa yang datang membawa anak-anak untuk pendaftran masuk 2019. Mereka hadir dengan wajah berseri-seri dan penuh bersemangat untuk menuntut ilmu agama dan menghafaz ayat-ayat suci Al Quran.
Tarikh ini merupakan permulaan yang baik untuk pelajar-pelajar mengorah langkah untuk menimba ilmu. Ma'ahad pada tahun ini akan memperkenalkan Pendidikan Aqidah dan Tahsin As Solat wal Qiraat pada 4 bulan pertama ini.
Pelajar-pelajar yang telah menghafaz beberapa juzuk Al Quran akan mengulang bacaannya serta disusuli dengan ayat-ayat yang baru.
12 May 2019, setelah hampir 2 bulan 6 hari pelbagai karenah dan telatah pelajar-pelajar yang sebenar mula teserlah. Alhamdulillah, pelajar-pelajar bersedia untuk dibentuk dan dididik dengan kerjasama yang erat dari pihak ibubapa dan penjaga.
Pelbagai aktiviti dalaman dan luaran telah disediakan oleh pihak Ma'ahad dalam merangka dan membentuk keperibadian setiap pelajar.
Kita doakan kejayaan pelajar-pelajar Ma'ahad ini. Juga doakan ketetapan hati mereka untuk terus menimba ilmu dan bersedia untuk dibentuk akhlak dan peribadi mereka ke arah kebaikan dan kecemerlangan.
Jangan jadikan mereka sebagai medan untuk kejayaan kita tapi biarlah mereka Berjaya kerana Allah.















































Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9