Skip to main content

Salam Aidil Al Mubarak 1441

Ramadhan telah berlalu, kini Syawal menjengah tiba. Pihak Ma'ahad merakamkan ucapan :
Semoga Allah menerima dari kami dan dari kalian amalan soleh dan ketaatan.

Semoga kehadiran Syawal ini tidak menghalang kita untuk meneruskan ibadat-ibadat yang telah dilatih dan ditarbiah sepanjang Ramadhan berlalu. Sama -sama kita berdoa agar tarbiah dan madrasah Ramadhan dapat kita teruskan di dalam bulan Syawal dan seterusnya. 
Sambutan yang meriah hanya dikalangan kaum keluarga serumah, malahan ada diantaranya tidak berpeluang menyambut hari kebahagian ini bersama ibu ayah atau atuk nenek tercinta. 
Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang telah dinyatakan oleh Majlis Keselamatan Negara terpaksa diikuti bagi terus menghalang merebaknya pandemik COVID-19 dari terus menular. Solat Aidil Fitri juga hanya dilakukan di kediaman masing-masing. Ketua keluarga akan mula mengatur strategik untuk menyusun siapakah yang akan mengepalai bacaan takbir raya, menjadi imam solat dan bacaan khutbah Aidil Fitri.
Sunah melakukan puasa Syawal yang dikenali sebagai Puasa Enam, sebagaimana hadis ada menceritakan:

Semoga Allah memberkati kehidupan harian kita dan mengampunkan segala dosa-dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan.

Comments

Popular posts from this blog

KEM REMAJA MTDHI Bermula

 الحمد لله Kehadiran peserta diluar jangkaan. Para peserta hadir melaporkan diri di Perkarangan Ma'ahad. 

PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT 2023

Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) telah mengenalkan motto "PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT; adalah antara lain mengajak masyarakat yang memerlukan pendidikan agama dan hafazan Al Quran untuk menimbanya di Ma'ahad ini. Ruangan peluang, tempat dan pendidikan akan diberi kepada mereka yang memerlukannya. Pendaftaran kini dibuka. Keutamaan adalah kepada yang berminat. Pihak Ma'ahad juga ada menawarkan dermasiswa dari : 1. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) 2. Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah bersama kelayakan yang sewajarnya untuk diterima.

Pengajian Sepanjang Hayat MTDHI. Pendaftaran dibuka

 Bersama menuntut ilmu di MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH Pendaftaran pengajian di Ma'ahad ini telah dibuka. Sesiapa yang berminat sila terus menghuhungi bahagian pendaftaran Ma'ahad dan mengisi borang yang telah ditetapkan melalui :  https://forms.gle/GzE5YKjWNpbKrQpa9