Friday, August 28, 2020

PENGAJIAN DI MA'AHAD DITERUSKAN

Persediaan telah dilakukan oleh pihak Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) setelah mendapat kebenaran dari Majlis Ugama Islam Negeri yang telah membenarkan Ma'ahad beroperasi semula. Bahagian pengurusan telah menghadiri taklimat dan penjelasan dari pihak berkewajipan berkenaan standard operating procudure (SOP) yang patut dipatuhi oleh pihak Ma'ahad dan juga pelajar sepanjang sesi pembelajaran yang akan dibukakan nanti.
Pihak Ma'ahad telah bersetuju untuk menyambung pengajian pada 13 ZulHijjah 1441 bersamaan 03 Ogos 2020 hari Isnin. Semua pelajar diminta mematuhi arahan-arahan yang bakal dikeluarkan oleh pihak Ma'ahad. Para pelajar diminta membawa bersama pelitup muka dan sanitizer serta keperluan lengkap pembelajaran kerana ibubapa dan penjaga tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan pelajar yang telah diterima masuk ke Ma'ahad.

Suasana sebelum PKP disebabkan pandemik Covid-19 bermula :


Kembali ke Ma'ahad pada 13 Zulhijjah 1441 bersamaan 3 Ogos 2020 : 












Suasana sepanjang tempoh PKPP diperkenalkan :










No comments:

MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL ISLAMIAH(MTDHI) - Ilmu Yang Dicari

Ilmu adalah asas penting dalam kehidupan manusia. Kita lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah سبحانه وتعالى  telah mengangkat darjat Nabi A...